Kilat bebola
Kilat bebola

Kilat bebola

Kilat bebola atau petir bola adalah satu fenomena keelektrikan atmosfera yang masih belum dapat difahami sepenuhnya. Istilah ini merujuk kepada laporan objek yang biasanya berbentuk bulat dan berkilau, yang mempunyai saiz yang pelbagai iaitu daripada sebesar kacang polong sehingga yang mempunyai garis pusat beberapa meter. Hal ini kadang-kadang dikaitkan dengan ribut petir, tetapi berlangsung jauh lebih lama daripada pancaran sekelip mata kilat.Uji kaji makmal telah menghasilkan kesan yang mirip, yang mana sekilas pandang menyerupai petir bola, tetapi masih tidak diketahui sama ada perkara ini sebenarnya berkaitan dengan sebarang fenomena yang berlaku secara semula jadi. Data saintifik kilat bebola semula jadi sukar didapati disebabkan kekerapan yang kurang dan di luar jangkaan. Anggapan akan kewujudannya dibuat berdasarkan laporan orang awam, dan kerana itu menghasilkan penemuan yang tidak konsisten. Disebabkan ketidak konsistenan ini dan kekurangan data yang boleh dipercayai, hakikat kilat bebola masih belum diketahui.[1] Ciri optik dan spektrum kilat bebola pertama kali diterbitkan pada Januari 2014.[2]